Bagaimana Menjinakkan Ikan Kelah?
Tentu ada yg terfikir bagaimana untuk menjinakkan ikan kelah peliharaan?
Antara petuanya,
1) Puasakan beberapa hari sebelum mula memberikan makanan tertentu. 5 hari contohnya. Jika sebelum ini makan udang, puasakan 5 hari, sebelum anda memberikan makanan pellet pula. Jika tidak, kemungkinan besar ikan anda tak nak makan makanan yang baru anda perkenalkan itu:)
2) Tentukan masa memberi makanan. Setkan masa memberi makanan. Jika biasa beri makan pada jam 10 malam. Pastikan anda memberikan makanan hanya pada jam 10 malam. Jadual pemberian makanan yang tidak tetap, akan meng ” konpius” kan ikan:). Jika dah biasa bagi makan, jam 5-6 petang, biasakan begitu.
3) Biasakan pegang makanan tertentu di tangan, dan hulurkan di permukaan air agar mudah ikan mengujakan dirinya ke atas permukaan air untuk mengambil makanan tersebut. Ini satu latihan. Dari masa ke semasa, ikan akan biasa dan kenal anda:)
4) Masa beri makanan, jangan membuat sesuatu aksi yang menakutkan ikan, seperti “menghalau halau” atau “menyergah” ikan yang sedang makan.
Nota: Antara petua kaki pancing ikan kelah ialah, mereka memberikan sawit peram di sesuatu lubuk yang telah dikenal pasti ada ikan kelah selama beberapa hari sebelum memulakan aktiviti memancing. Tujuannya agar membiasakan ikan kelah dengan umpan tersebut.